Program Kenali IT

Tarikh: 15 Oktober 2010
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: Makmal Komputer SK Betau, Lipis
Peserta: 18 orang (pelajar UPSR)

  • Taklimat asas komputer kepada pelajar Asli oleh Pengurus PID Sungai Koyan
  • latihan amali Paint - memahirkan diri menggunakan tetikus
  • latihan ms word - memahirkan diri menaip
  • penyampaian sijil
  • Tarian sewang
  • Jamuan makan


















Lawatan Sekolah Kebangsaan Betau, Lipis

Tarikh: 12 Oktober 2010
Masa: 2.30 petang - 5.30 petang
Tempat: PID Sungai Koyan
Peserta: 9 orang pelajar, 1 guru pengiring

  • Objektif utama lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan sedikit sebanyak tentang asas komputer kepada murid-murid Asli
  • dimulakan dengan taklimat dari Pengurus PID Sungai Koyan tentang asas-asas komputer
  • seterusnya, para pelajar diberi peluang untuk menggunakan sendirikomputer di PID
  • Pelajar juga turut diberi peluang untuk menggunakan perisian Paint untuk melukis
  • Sesi diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan jamuan ringan









KKS PID 2010 Peringkat Wilayah Timur

Tarikh: 17-18 Julai 2010
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Kompleks Belia Felda Bukit Goh

  • KKS PID 2010 Peringkat Wilayah Timur merupakan anjuran bersama 7 PID dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan
  • Program melibatkan acara pameran dan jualan dari usahawan-usahawan dari setiap PID yang terlibat
  • Program turut disertai oleh Jabatan-jabatan Kerajaan serta agensi swasta
  • Di booth PID, pelbagai acara dijalankan seperti pertandingan menaip terpantas, pertandingan memek muka, pertandingan gubahan dan masakan, pertandingan melukis bagi kanak-kanak tabika, cabutan bertuah
  • Majlis perasmian KKS PID 2010 Peringkat Wilayah Timur telah disempurnakan oleh ADUN Sungai Lembing, YB Dato' Md Suhaimi bin Mohamed pada 17 Julai 2010, pukul 3 petang
  • Acara sukaneka turut diadakan pada 18 Julai 2010 dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga (KRT) Felda Bukit Goh.


















Taklimat Tawaran Kursus Dari Kolej Komuniti Cawangan Lipis

Tarikh: 19 Mac 2010
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Mesyuarat JKKK Kampung (F) Sungai Koyan 3

Program ini merupakan anjuran bersama PID Sungai Koyan dan Kolej Komuniti Cawangan Lipis yang baru sahaj dibuka pada awal 2010. Kolej ini akan beroperasi sepenuhnya bermula semester Mei 2010. Oleh itu, banyak perkara telah dibangkitkan bersama-sama kursus-kursus yang ditawarkan kepada komuniti khususnya yang tinggal di kawasan Daerah Lipis.




Mesyuarat AJK PID Sungai Koyan

Tarikh: 19 Mac 2010
Masa: 4.00 petang

Tempat: Dewan Mesyuarat JKKK Kampung (F) Sungai Koyan 3


Agenda:
  1. Kata aluan dari pengerusi PID Sungai Koyan, Tuan Haji Mohd Razaki bin Abdul Razak
  2. Kata aluan dan taklimat ringkas dari Pegawai Penerangan Daerah Lipis, Encik Md Zin bin A. Rahman
  3. Taklimat mengenai aktiviti PID dan Pertandingan Blog 1Malaysia oleh Pengurus PID Sungai Koyan, Puan Kasmawati binti Mat Japar
  4. Pelantikan AJK pertandingan Blog 1Malaysia
  5. Sesi soal jawab
  6. Penangguhan mesyuarat

clip_colorschememapping.xml">





Bengkel Pendaftaran Kemasukan ke IPT

Tarikh: 15 Mac 2010
Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang & 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat: PID Sungai Koyan

  • Bengkel dijalankan selama 2 sesi.
  • Melibatkan seramai 8 orang peserta.
  • Melibatkan pendaftaran kemasukan ke Politeknik secara online.

Bengkel SPA Online bersama Orang Asli

Tarikh: 16 Mac 2010
Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: PID Sungai Koyan

Mengadakan bengkel SPA online bersama orang asli bagi mengisi kekosongan jawatan di dalam perkhidmatan awam. Serama 3 orang peserta terlibat.