Pusat Internet Desa (PID) di seluruh Malaysia adalah sebanyak 42 buah dan terdapat hanya 3 buah PID di dalam negeri Pahang iaitu PID Sungai Koyan, PID Bukit Goh dan PID Bandar Tun Razak.
Program PID ini merupakan usahasama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan Pos Malaysai Berhad di mana Pos Malaysia menyediakan lokasi PID menggunakan bangunan tambahan (ANNEX) di pejabat pos terpilih diseluruh negara. Pada tahun 2004, sejumlah 42 lokasi PID telah beroperasi di seluruh negara termasuk PID Sungai Koyan.
KTAK juga telah melantik 42 orang penyelia dan 42 orang penolong penyelia bagi menguruskan PID serta memberikan latihan asas ICT secara percuma kepada komuniti luar bandar.
Setiap PID telah dilengkapi dengan 5-9 unit komputer, 2-3 pencetak, pengimbas, kamera digital dan juga kemudahan internet jalur lebar dengan kelajuan 512 Mbps dan penggunaannya adalah secara percuma.
Harapan dari pelaksanaan PID ini adalah untuk merubah tahap sosio ekonomi penduduk luar bandar terutamanya di kawasan terpencil di mana PID dapat menyedian peluang utnuk mempromosikan hasil keluaran/ perkhidmatan usahawan tempatan melalui laman-laman web yang dibangunkan oleh PID.
Selain itu, manfaat PID supaya komuniti luar bandar dapat menggunakan aplikasi Kerajaan Elektronik seperti ePerolehan, eLearning, dan pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM dapat memohon kursus di IPTA/IPTS secara online.
Matlamat PID adalah:

- Merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar
- mempertingkatkan penetrasi komputer dan internet di luar bandar
- mewujudkan peluang berasaskan ICT kepada komuniti luar bandar
- Asas Pengenalan Komputer
- Pengenalan Internet
- Pengenalan Aplikasi Windows
- Pengenalan Aplikasi Microsoft Office
- Pengenalan Web 2.0