Karnival ICT @Digital Pekan

Tarikh: 30 & 31 Januari 2010
Tempat: Pekan, Pahang
PID Terlibat: Sungai Koyan, Bukit Goh, Bandar Tun Razak
Dirasmikan Oleh: YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Digital Pekan 1 Malaysia adalah satu projek untuk memacu budaya teknologi di kalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan satu projek yang menjanjikan manfaat teknologi digital yang dapat dicapai oleh setiap penduduk di daerah tersebut.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Adnan bin Haji Yaakop.





Perasmian Digital Pekan oleh YAB Perdana Menteri dan lawatan ke tapak pameran

(kredit: www.pahang.gov.my)

Pelancaran Digital Pekan 1Malaysia menandakan kesungguhan pihak Kerajaan untuk menggabungkan projek ICT dan jalur lebar dibawah strategi daerah digital, sejajar dengan agenda nasional iaitu 1Malaysia. Projek daerah digital adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi negara kearah mencapai sasaran Pelan Jalur Lebar Kebangsaan iaitu penembusan jalur lebar pada kadar 50 peratus menjelang 2010.

Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Yang Hormat Dato’ Wira Kamaruddin Siaraf, Pengerusi SKMM, Yang Berbahagia Tan Sri Khalid Ramli, Setiausaha Kerajaan Pahang, Yang Berhormat Dato’ Muhammad Safian bin Ismail serta semua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Persembahan dari kanak-kanak yang begitu unik sekali

PID turut sama menjayakan program tersebut dengan mempromosikan produk-produk ahli KUSPID seperti jus salak, jelly kelapa, kerepek tradisional, air durian belanda, bakul rotan, dan muffin. Selain dari itu, beberapa acara turut diadakan di booth PID seperti pertandingan silang kata ICT, memek muka paling hodoh, kuiz ICT dan menaip terpantas.

booth PID

kuiz ICT


ahli KUSPID melayan tetamu yang berkunjung


sudut mempromosikan aktiviti PID & KUSPID


staff PID & KUSPID yang terlibat sepanjang program bermula


booth ASTRO

booth MAMPU

booth FELDA

booth MIMOS

booth RTM - sesi ujibakat penyampai berita