GEW 2009

Pengenalan
PID merupakan sebuah projek di bawah sektor Komunikasi, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Matlamat utama penubuhan PID adalah merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar. sejak ditubuhkan pada 2003 sehingga kini, PID telah melalui beberapa fasa ke arah melahirkan masyarakat yang celik IT.

PID telah mengorak satu langkah ke depan lagi dengan memperkenalkan konsep keusahawanan sosial keapda komuniti ke arah kelestarian di samping dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berdaya saing dan dinamik. Oleh itu, pada 2008, konsep keusahawanan sosial telah diterapkan melalui penubuhan Kelab Usahawan Sosial atau lebih dikenali KUSPID. KUSPID telah ditubuhkandi setiap cawangan PID di seluruh negara dengan tujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan sosial baru di kalangan komuniti setempat di samping membina rangkaian usahawan di seluruh cawangan PID dan global.


Latar Belakang Program
GEW merupakan acara tahunan yang dijalankan sepanjang bulan November di lebih 70 buah negara termasuk Indonesia, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Pakistan dan lain-lain. Banyak aktiviti keusahawanan yang dijalankan sepanjang program tersebut bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan baru, perkongsian pengalaman bersama usahawan serta membina rangkaian usahawan.

Di Malaysia, program GEW ini di sokong penuh oleh kerajaan di mana aktiviti keusahawanan ini turut dijalankan serentak dengan negara-negara yang terbabit dengan menganjurkan aktiviti keusahawanan di seluruh cawangan PID. Selaras dengan objektif penubuhan KUSPID, GEW turut sama mendapat sokongan padu dari pengurusan tempatan dan komuniti setempat sekaligus menyaksikan Malaysia sebagai penyumbang kedua pelaksanaan aktiviti terbanyak sepanjang berlangsungnya GEW pada 2008.


Objektif
  • Mendedahkan usahawan terutamanya ahli KUSPID kepada pengetahuan keusahawanan, rangkaian usahawan dan konsep usahawan sosial.
  • memberi peluang kepada usahawan yang tidak berpeluang mendapat pendedahan di dalam bidang ICT
  • memberikan pengalaman kepada usahawan bagaiman mengurus dan melaksanakan sesuatu aktiviti keusahawanan terutamanya yang berkaitan dengan sosial dan komuniti
  • menggalakkan usahawan untuk menguasai ilmu keusahawanan yang berkonsepkan teknologi ICT
  • Mengadakan "school-based activities" dengan melibatkan ahli KUSPID sebagai fasilitator
  • memberi pendedahan kepada usahawan khususnya tentang konsep e-dagang dalam usaha untuk memperluaskan pasaran produk mereka ke pasaran global
Fasa pelaksanaan
  • Rancangan dan Peluang Perniagaan
  • Landasan perniagaan berteraskan undang-undang
  • membina rangkaian usahawan melalui web 2.0
  • aplikasi perniagaan internet dan e-services
Tarikh Pelaksanaan
16 - 22 november 2009

0 Responses