Majlis Penutup Minggu Keusahawanan Global & Penyampaian Hadiah --> Mesyuarat Pelarasan & Pembahagian Tugas

Tarikh: 11 Disember 2009
Masa: 9.00 pagi
Tempat: PID Sungai Koyan

Pengisian:
  • Mengemaskini acara sukaneka
  • Pembahagian tugas
  • Membalut hadiah & cenderamata










Mesyuarat Bulanan KUSPID

Tarikh: 4 Disember 2009
Masa: 9.00 pagi

Tempat : PID Sungai Koyan


Agenda:

  • Membincangkan mengenai projek KUSPID
  • Laporan PID Entrepreneurship Fair '09
  • Membincangkan tentang Majlis Penutup PID Entrepreneurship Fair yang terpaksa ditunda disebabkan beberapa masalah. Majlis penutup tersebut akan diadakan pada 21 Disember 2009. Sila rujuk SINI untuk maklumat lanjut.






PID Entrepreneurship '09 --> GEW Cont...

Aktiviti: Bengkel e-services
Tarikh: 9 Disember 2009
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Penyertaan: 4 orang

Objektif:
  • Memberi pendedahan tentang portal rasmi Kerajaan Malaysia
  • Memberi pendedahan tentang aplikasi-aplikasi e-kerajaan yang lain
  • Mendaftar di dalam portal agribazaar.com.my
  • Memperkenalkan internet banking kepada usahawan koperasi
  • memperkenalkan konsep e-dagang kepada peserta
Pengisian:
Bengkel ini sepatutnya diadakan pada 8 Disember 2009. Namun ia ditunda berikutan masalah pc di PID yang dijangkiti virus dan perlu di format semula.
Bengkel dimulakan pada pukul 9.00 pagi. Seorang peserta tidak dapat hadir disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.
Para peserta diberi pendedahan tentang portal rasmi kerajaan Malaysia yang banyak menghubungkan dengan portal-portal lain. Selain dari itu, para peserta juga di tunjukkan portal myEG, JobsMalaysia, SPA, LHDN, SSM, ePerolehan, agribazaar, maybank2U, eBay, mudah.com.my dan lelong.com.






PID Entrepreneurship '09 --> GEW Cont...

Aktiviti: Bengkel Internet & Email
Tarikh: 7 Disember 2009

Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Penyertaan: 5 orang


Objektif:
  • Memberi pendedahan kepada usahawan tentang aplikasi internet dan kegunaan internet
  • Memberi tunjuk ajar mecapai internet melalui web browser
  • Memberi latihan praktikal mencari maklumat menggunakan enjin carian
  • Mendaftar email baru
  • Memberi tunjuk ajar membuka mail box, menghantar, membalas dan membuang email dari mail box
Pengisian:
Bengkel dimulakan tepat jam 9.00 pagi dengan taklimat dari Pengurus PID Sungai Koyan. Taklimat berkenaan dengan maksud dan sejarah internet, penggunaan aplikasi internet dan latihan praktikal. Sesi berjalan lancar walaupun capaian kepada internet adalah perlahan.








PID Entrepreneurship '09 --> GEW Cont...

Aktiviti: Program Bersama Masyarakat Sivil Memerangi Dadah
Tarikh: 4 Disember 2009
Masa: 3.30 petang - 6.30 petang
Tempat: Dewan Besar Felda Sungai Koyan 2

Objektif:
  • Memberi kesedaran kepada golongan belia tentang bahayanya dadah
  • Memberi pendedahan tentang jenis-jenis dadah dan kesan akibat pengambilan dadah
  • Memupuk jati diri yang tinggi dalam memerangi dadah
  • Memberi galakan kepada golongan belia dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
Pengisian:
  • Program dimulakan dengan kata aluan dari ketua kampung Felda Sungai Koyan 2
  • Program diteruskan dengan ucapan dari pegawai AADK
  • Para peserta dibahagi kepada 5 kumpulan
  • 'Treasure Hunt' bermula di mana setiap kumpulan dikehendaki melakukan tugasan di setiap 'check point'
  • Antara check point yang ada: spider web, puzzle, mind map, ibu jari, silang kata, boling dan straw
  • Para peserta berkumpul semula di dalam dewan pada pukul 6.00 petang.
  • Majlis seterusnya adalah adalah kesimpulan dari keseluruhan program serta penyampaian hadiah



















Majlis Penutup & Penyampaian Cenderamata PID Sungai Koyan

Tarikh: 21 Disember 2009
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Dewan Besar Felda Sungai Koyan 2
Anjuran bersama:
  • PID Sungai Koyan
  • KUSPID Sungai Koyan
  • Medan Info Desa
  • Jabatan Penerangan Daerah Lipis
  • JKKK kampung Felda Sungai Koyan 1, 2, 3
  • Felda Sungai Koyan 1, 2, 3
  • UMNO Bahagian Cameron Highlands
  • KEMAS Bahagian Cameron Highlands

**Sila klik pada jadual untuk paparan yang lebih jelas**

Matrix GEW 2009



**Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas**

Program Bersama KEMAS Cameron Highlands

Aktiviti: Program Kemahiran Keibubapaan dan Pemakanan serta Pendidikan Awal Kanak-kanak
Tarikh: 21 November 2009
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan UMNO Bahagian Cameron Highlands

Pentaklimat:
Ustaz dari Majlis Agama Islam, Lipis
Pegawai Kesihatan dari Hospital Kuala Lipis

Demo masakan makanan sihat oleh Penyelia KEMAS Bahagian Cameron Highlands