Taklimat Tawaran Kursus Dari Kolej Komuniti Cawangan Lipis

Tarikh: 19 Mac 2010
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Mesyuarat JKKK Kampung (F) Sungai Koyan 3

Program ini merupakan anjuran bersama PID Sungai Koyan dan Kolej Komuniti Cawangan Lipis yang baru sahaj dibuka pada awal 2010. Kolej ini akan beroperasi sepenuhnya bermula semester Mei 2010. Oleh itu, banyak perkara telah dibangkitkan bersama-sama kursus-kursus yang ditawarkan kepada komuniti khususnya yang tinggal di kawasan Daerah Lipis.




Mesyuarat AJK PID Sungai Koyan

Tarikh: 19 Mac 2010
Masa: 4.00 petang

Tempat: Dewan Mesyuarat JKKK Kampung (F) Sungai Koyan 3


Agenda:
  1. Kata aluan dari pengerusi PID Sungai Koyan, Tuan Haji Mohd Razaki bin Abdul Razak
  2. Kata aluan dan taklimat ringkas dari Pegawai Penerangan Daerah Lipis, Encik Md Zin bin A. Rahman
  3. Taklimat mengenai aktiviti PID dan Pertandingan Blog 1Malaysia oleh Pengurus PID Sungai Koyan, Puan Kasmawati binti Mat Japar
  4. Pelantikan AJK pertandingan Blog 1Malaysia
  5. Sesi soal jawab
  6. Penangguhan mesyuarat

clip_colorschememapping.xml">





Bengkel Pendaftaran Kemasukan ke IPT

Tarikh: 15 Mac 2010
Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang & 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat: PID Sungai Koyan

  • Bengkel dijalankan selama 2 sesi.
  • Melibatkan seramai 8 orang peserta.
  • Melibatkan pendaftaran kemasukan ke Politeknik secara online.

Bengkel SPA Online bersama Orang Asli

Tarikh: 16 Mac 2010
Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: PID Sungai Koyan

Mengadakan bengkel SPA online bersama orang asli bagi mengisi kekosongan jawatan di dalam perkhidmatan awam. Serama 3 orang peserta terlibat.


Bengkel e-filing untuk kakitangan kerajaan

Tarikh: 24 Mac 2010
Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: PID Sungai Koyan

Bengkel ini terbuka kepada kakitangan kerajaan yang mahu mengishtiharkan pendapatan bagi tahun 2009 melalui aplikasi e-filing. Seramai 3 orang peserta terlibat. Peserta juga turut diingatkan untuk membawa semua dokumen berkaitan sebelum membuat pengishtiharan.


Pertandingan Blog 1Malaysia


Lawatan Puan Marhaini (Phd Student of University of Southern Queensland, Australia)

Tarikh : 29 Mac 2010
Masa: 11.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: PID Sungai Koyan

  • Lawatan berkenaan dengan penyelidikan beliau tentang dasar-dasar kerajaan
  • Sebanyak 10 buah PID telah dipilih secara rawak
  • Sesi dimulakan dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan kemudian diikuti dengan temuramah bersama pengurus PID Sungai Koyan.
  • Sesi diteruskan dengan memantau kelas asas komputer dengan 4 peserta yang terlibat
  • Sesi petang diteruskan lagi dengan tinjauan ke atas bengkel blog untuk belia sempena pertandingan Blog 1 Malaysia anjuran bersama PID Sungai Koyan dan Jabatan Penerangan daerah Lipis.
  • Seterusnya Puan Marhaini menemuramah Encik Badrul Nizan Shah bin Haji Mohd Shah, Pengerusi KUS dan Tuan Haji Mohd Nor bin Haji Awang, Pengerusi JKKK Kampung (F) Sungai Koyan 3 merangkap AJK PID
  • Sesi bergambar