PID Entrepreneurship '09 --> GEW Cont...

Aktiviti: Bengkel e-services
Tarikh: 9 Disember 2009
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Penyertaan: 4 orang

Objektif:
  • Memberi pendedahan tentang portal rasmi Kerajaan Malaysia
  • Memberi pendedahan tentang aplikasi-aplikasi e-kerajaan yang lain
  • Mendaftar di dalam portal agribazaar.com.my
  • Memperkenalkan internet banking kepada usahawan koperasi
  • memperkenalkan konsep e-dagang kepada peserta
Pengisian:
Bengkel ini sepatutnya diadakan pada 8 Disember 2009. Namun ia ditunda berikutan masalah pc di PID yang dijangkiti virus dan perlu di format semula.
Bengkel dimulakan pada pukul 9.00 pagi. Seorang peserta tidak dapat hadir disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.
Para peserta diberi pendedahan tentang portal rasmi kerajaan Malaysia yang banyak menghubungkan dengan portal-portal lain. Selain dari itu, para peserta juga di tunjukkan portal myEG, JobsMalaysia, SPA, LHDN, SSM, ePerolehan, agribazaar, maybank2U, eBay, mudah.com.my dan lelong.com.






1 Response