PID Entrepreneurship Fair '09 ---> Day 2

Aktiviti: Bengkel e-services
Tarikh: 17 November 2009

Masa: 9.00 pagi - 12.30 tghari

Peserta: 6 Orang

Objektif
:
  • Memberi pendedahan kepada usahawan tentang aplikasi-aplikasi elektronik yang disediakan oleh kerajaan
  • Memberikan pendedahan kepada usahawan tentang perbankan internet
  • Memberikan pendedahan kepada usahawan tentang e-dagang
  • Mendaftar dalam portal agribazaar
  • Memberi pendedahan tentang Portal PID dan Minisite PID Sungai Koyan












PID Entrepreneurship Fair '09 ---> Day 1

Aktiviti: Bengkel Blog (Part I)
Tarikh: 16 November 2009

Masa: 2.30 petang - 5.30 petang

Peserta: 6 orang

Objektif:
  • Memberi pendedahan kepada usahawan dalam mempromosikan produk melalui blog
  • Memberi pendedahan kepada usahawan langkah-langkah membina blog
  • Memberi tunjuk ajar menambah elemen-elemen di dalam blog















PID Entrepreneurship Fair '09 ---> Day 1

Aktiviti: Bengkel Internet & Email
Tarikh : 16 november 2009

Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari

Tempat : PID Sungai Koyan
Peserta: 6 orang

Objektif:
  • Memberi pendedahan kepada usahawan baru tentang fungsi dan kegunaan internet
  • Memberi pendedahan kepada usahawan baru tentang aplikasi-aplikasi secara terus
  • Memberi pendedahan kepada usahawan baru penggunaan email












GEW 2009

Pengenalan
PID merupakan sebuah projek di bawah sektor Komunikasi, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Matlamat utama penubuhan PID adalah merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar. sejak ditubuhkan pada 2003 sehingga kini, PID telah melalui beberapa fasa ke arah melahirkan masyarakat yang celik IT.

PID telah mengorak satu langkah ke depan lagi dengan memperkenalkan konsep keusahawanan sosial keapda komuniti ke arah kelestarian di samping dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berdaya saing dan dinamik. Oleh itu, pada 2008, konsep keusahawanan sosial telah diterapkan melalui penubuhan Kelab Usahawan Sosial atau lebih dikenali KUSPID. KUSPID telah ditubuhkandi setiap cawangan PID di seluruh negara dengan tujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan sosial baru di kalangan komuniti setempat di samping membina rangkaian usahawan di seluruh cawangan PID dan global.


Latar Belakang Program
GEW merupakan acara tahunan yang dijalankan sepanjang bulan November di lebih 70 buah negara termasuk Indonesia, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Pakistan dan lain-lain. Banyak aktiviti keusahawanan yang dijalankan sepanjang program tersebut bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan baru, perkongsian pengalaman bersama usahawan serta membina rangkaian usahawan.

Di Malaysia, program GEW ini di sokong penuh oleh kerajaan di mana aktiviti keusahawanan ini turut dijalankan serentak dengan negara-negara yang terbabit dengan menganjurkan aktiviti keusahawanan di seluruh cawangan PID. Selaras dengan objektif penubuhan KUSPID, GEW turut sama mendapat sokongan padu dari pengurusan tempatan dan komuniti setempat sekaligus menyaksikan Malaysia sebagai penyumbang kedua pelaksanaan aktiviti terbanyak sepanjang berlangsungnya GEW pada 2008.


Objektif
  • Mendedahkan usahawan terutamanya ahli KUSPID kepada pengetahuan keusahawanan, rangkaian usahawan dan konsep usahawan sosial.
  • memberi peluang kepada usahawan yang tidak berpeluang mendapat pendedahan di dalam bidang ICT
  • memberikan pengalaman kepada usahawan bagaiman mengurus dan melaksanakan sesuatu aktiviti keusahawanan terutamanya yang berkaitan dengan sosial dan komuniti
  • menggalakkan usahawan untuk menguasai ilmu keusahawanan yang berkonsepkan teknologi ICT
  • Mengadakan "school-based activities" dengan melibatkan ahli KUSPID sebagai fasilitator
  • memberi pendedahan kepada usahawan khususnya tentang konsep e-dagang dalam usaha untuk memperluaskan pasaran produk mereka ke pasaran global
Fasa pelaksanaan
  • Rancangan dan Peluang Perniagaan
  • Landasan perniagaan berteraskan undang-undang
  • membina rangkaian usahawan melalui web 2.0
  • aplikasi perniagaan internet dan e-services
Tarikh Pelaksanaan
16 - 22 november 2009

GEW 2008

Pengenalan

GEW akan diadakan serentak di seluruh dunia pada 17 - 23 Nov 2008. Lebih daripada 70 buah negara akan menjayakan minggu ini antaranya Indonesia, Pakistan, Jepun Kanada dan lain-lain. Terdapat pelbagai aktiviti dilaksanakan samada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan.

KUSPID Sungai Koyan bersama PID Sungai Koyan turut menjayakan program ini. Inisiatif ini di ambil untuk memperkenalkan konsep keusahawanan sosial kepada masyarakat umum khasnya penduduk DUN Jelai. Ia juga merupakan medium untuk usahawan kita berhubung, berkongsi idea dan informasi serta membentuk satu komuniti usahawan baru pada masa akan datang.


Objektif

  • Mendedahkan komuniti tentang konsep keusahawanan, rangkaian usahawan
  • memberi peluang kepada usahawan dalam bidang ICT
  • menggalakkan usahawan dalam menguasai ilmu keusahawanan yang berkonsepkan ICT
  • mengadakan "school-based activities'
  • memberi pendedahan kepada usahawan tentang aplikasi elektronik
  • memberi pendedahan tentang web 2.0





Profil PID

Pusat Internet Desa (PID) di seluruh Malaysia adalah sebanyak 42 buah dan terdapat hanya 3 buah PID di dalam negeri Pahang iaitu PID Sungai Koyan, PID Bukit Goh dan PID Bandar Tun Razak.



Program PID ini merupakan usahasama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan Pos Malaysai Berhad di mana Pos Malaysia menyediakan lokasi PID menggunakan bangunan tambahan (ANNEX) di pejabat pos terpilih diseluruh negara. Pada tahun 2004, sejumlah 42 lokasi PID telah beroperasi di seluruh negara termasuk PID Sungai Koyan.

KTAK juga telah melantik 42 orang penyelia dan 42 orang penolong penyelia bagi menguruskan PID serta memberikan latihan asas ICT secara percuma kepada komuniti luar bandar.

Setiap PID telah dilengkapi dengan 5-9 unit komputer, 2-3 pencetak, pengimbas, kamera digital dan juga kemudahan internet jalur lebar dengan kelajuan 512 Mbps dan penggunaannya adalah secara percuma.

Harapan dari pelaksanaan PID ini adalah untuk merubah tahap sosio ekonomi penduduk luar bandar terutamanya di kawasan terpencil di mana PID dapat menyedian peluang utnuk mempromosikan hasil keluaran/ perkhidmatan usahawan tempatan melalui laman-laman web yang dibangunkan oleh PID.


Selain itu, manfaat PID supaya komuniti luar bandar dapat menggunakan aplikasi Kerajaan Elektronik seperti ePerolehan, eLearning, dan pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM dapat memohon kursus di IPTA/IPTS secara online.

Matlamat PID adalah:
  • Merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar
  • mempertingkatkan penetrasi komputer dan internet di luar bandar
  • mewujudkan peluang berasaskan ICT kepada komuniti luar bandar
Kursus yang ditawarkan secara percuma di sini adalah:
  • Asas Pengenalan Komputer
  • Pengenalan Internet
  • Pengenalan Aplikasi Windows
  • Pengenalan Aplikasi Microsoft Office
  • Pengenalan Web 2.0

Projek PID & KUSPID Sungai Koyan

Salam 1Malaysia,

Pada penghujung Oktober 2009, PID Sungai Koyan dan KUSPID Sungai Koyan telah menyahut cabaran Perdana Menteri untuk menjadikan Felda sebagai Gedung Makanan Negara dengan menyertai projek Edible Garden. Projek ini merupakan satu kerjasama antara Felda dan FAMA di mana satu perjanjian MOU telah dimeterai. Selain dari itu, projek ini juga merupakan salah satu aktiviti KUSPID bersempena Minggu Keusahawanan Global yang bakal berlangsung pada 16 - 22 November nanti.

PID Sungai Koyan dan KUSPID Sungai Koyan telah menjalankan projek cili kulai yang ditanam di tepi PID dengan menggunakan polibeg. Sebanyak 150 pokok cili kulai telah ditanam. Kami di PID Sungai Koyan mengerjakan gotong-royong membersihkan kawasan di tepi PID dan mengisi tanah serta baja di dalam polibeg. Anak benih pula diberikan secara percuma daripada pihak pengurusan Felda.










Semoga projek ini akan memberikan hasil yang lumayan dan dapat disalurkan ke tabung KUSPID Sungai Koyan. InsyaAllah...






Pokok cili berusia seminggu