Projek PID & KUSPID Sungai Koyan

Salam 1Malaysia,

Pada penghujung Oktober 2009, PID Sungai Koyan dan KUSPID Sungai Koyan telah menyahut cabaran Perdana Menteri untuk menjadikan Felda sebagai Gedung Makanan Negara dengan menyertai projek Edible Garden. Projek ini merupakan satu kerjasama antara Felda dan FAMA di mana satu perjanjian MOU telah dimeterai. Selain dari itu, projek ini juga merupakan salah satu aktiviti KUSPID bersempena Minggu Keusahawanan Global yang bakal berlangsung pada 16 - 22 November nanti.

PID Sungai Koyan dan KUSPID Sungai Koyan telah menjalankan projek cili kulai yang ditanam di tepi PID dengan menggunakan polibeg. Sebanyak 150 pokok cili kulai telah ditanam. Kami di PID Sungai Koyan mengerjakan gotong-royong membersihkan kawasan di tepi PID dan mengisi tanah serta baja di dalam polibeg. Anak benih pula diberikan secara percuma daripada pihak pengurusan Felda.










Semoga projek ini akan memberikan hasil yang lumayan dan dapat disalurkan ke tabung KUSPID Sungai Koyan. InsyaAllah...






Pokok cili berusia seminggu




0 Responses