Salam 1Malaysia,
Dalam pelaksanaan PID Entrepreneurship Fair '09 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, satu pertandingan penyediaan kertas kerja terbaik telah dibuat oleh pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pengurusan Pusat Internet Desa dalam merangka aktiviti-aktiviti yang kreatif dan membina sempena GEW. Penilaian dibuat oleh KPKK sendiri.
3 kertas cadangan terbaik akan mendapat peruntukan pelaksanaan sebanyak RM 1,500.00 manakala 37 PID yang lain akan mendapat peruntukan sebanyak RM 500.00 dalam mengimplementasikan 10 aktiviti yang dicadangkan.
Penilaian telah dibuat pada pertengah oktober, dan kertas cadangan PID Sungai Koyan telah dipilih antara 3 yang terbaik. Tahniah juga buat PID Hulu Langat dan PID Bandar Penawar kerana terpilih dalam pertandingan ini. Alhamdulillah..semoga dengan peruntukan yang ada, pelaksanaan aktiviti akan lebih lancar dan teratur...