Usahawan Tanaman Bunga Kantan

Nama Usahawan: Tuan Haji Rahmat bin Saidi
Umur: 65 tahun
Pekerjaan: Peneroka Felda



Mula menjalankan projek tanaman bunga kantan ini sejak tahun 2003. Beliau menggunakan tanah rizab Felda di tepi rumahnya dengan mula menanam 30 rumpun pokok kantan. Sehingga kini beliau telah menanam sebanyak 500 rumpun pokok kantan di atas tanah seluas 1.2 hektar. Hasil tuaian bunga kantan boleh mencecah 3000 hingga 4000 kuntum untuk sekali tuaian dan dijual kepada pemborong dengan harga 30 sen sekuntum. Bunga-bunga kantan ini terus dipasarkan di Pasar Borong Selayang.

Selain dari itu, beliau turut mengindahkah kawasan rumah beliau dengan landskap sayur-sayur demi menyokong hasrat Perdana Menteri untuk menjadikan Felda sebagai Gedung Makanan Negara. Dengan menyertai projek Edible Garden, beliau dan isterinya, Zainon telah menanam pokok cili, timun, terung, kobis, daun sup, herba, pokok naga dan gaharu.

Berkat kerajinan beliau dan isteri, beliau seringkali mendapat tempat dalam mana-mana pertandingan rumah terbaik samada anjuran Daerah, Negeri ataupun Felda. Bagi Tuan Haji Rahmat, ini merupakan satu penghargaan buat dirinya dan isteri dalam memartabatkan bidang pertanian.

Beliau turut menyertai Kelab Usahawan Sosial PID kerana ingin berkongsi pengalaman dan minat dalam bidang pertanian. Beliau juga berazam untuk menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang ini.









0 Responses