PID Entrepreneurship Award '09

Salam 1 Malaysia,

PID Entrepreneurship Award '09 merupakan salah satu pertandingan yang diadakan bersempena GEW Malaysia 2009. Pertandingan ini merupakan satu landasan untuk mengiktiraf pencapaian para usahawan tempatan. Pertandingan ini juga diharap dapat memberi motivasi kepada bakal usahawan untuk turut berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

Proses pencalonan usahawan baru akan dilakukan oleh pihak KPKK sendiri dan setiap usahawan harus membina laman blog masing-masing dan harus memaparkan aspek-aspek berikut:
  • Latar belakang usahawana
  • latar belakang perniagaan
  • Nombor pendaftaran dan nama syarikat
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan
Pihak KPKK akan menilai 3 calon terbaik daripada 40 pencalonan untuk menerima Anugerah Usahawan Baru PID '09 dan akan diumumkan pada GEW 16-22 November 2009.

Sebagai menyokong hasrat KPKK dalam membantu usahawan tempatan ini, PID Sungai Koyan turut mencalonkan usahawan di Sungai Koyan. Kali ini, usahawan yang terpilih adalah Saudara Mohd Azman bin Mesuan. Beliau merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan berasakan kan minuman. Beliau mewarisi perniagaan bapa beliau sejak dari tahun 2008. Layari laman blog beliau di SINI.

Semoga beliau akan terpilih sebagai salah seorang Usahawan Baru PID....

0 Responses