Kursus Pengurusan Makanan

Kursus Pengurusan Makanan ini merupakan salah satu agenda PID Entrepreneurship Fair '09. Program ini telah dilaksanakan terlebih awal disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Kursus ini merupakan anjuran bersama JKKK dan MARDI. Telah diadakan pada 20-21 Oktober2009. Jumlah peserta adalah seramai 38 orang yang terdiri daripada belia, beliawanis dan wanita. Sebanyak 4 jenis masakan yang telah ditunjukkan oleh wakil dari MARDI mengikut kaedah dan sukatan yang betul. Kursus tersebut meliputi:
  • Kaedah memproses kerepek tradisional
  • Kaedah memproses air soya dan tahu manis
  • Kaedah memproses serunding daging
  • Kaedah memproses sos cili
Kursus ini juga mendapat perhatian dari Pengurus Besar Wilayah Mempaga, Jahaya bin Janal dan beliau juga mengadakan kunjungan semasa sesi berlangsung. Beliau juga berharap agar kursus seperti ini dapat dilaksanakan di tanah rancangan yang lain pulaKata-rata peserta amat berpuas hati.
0 Responses